Terima Kasih Cikgu!
Setiap tahun bila 16 Mei tiba , pasti terkenang zaman dahulu kala, ketika masih bersekolah. Pastinya akan ada sambutan hari guru di sekolah. Sangat meriah! Pengalaman yang masih diingati sehingga kini adalah ketika zaman sekolah rendah.
Setiap kali menjelang 16 Mei, yang paling untung adalah koperasi sekolah. Habis semua barang-barang yang dijual termasuklah, alat-alat tulis seperti pen, pemadam, pembaris, sharpener, dll laris dibeli oleh anak-anak murid. Tujuannya mahu memberi hadiah kepada guru kesayangan walaupun hanya sebatang pen, tetapi pada hemat saya, setiap guru sangat menghargai hadiah pemberian daripada setiap anak muridnya. Terharu! Saya juga tidak terlepas mahu memberikan hadiah buat guru kesayangan saya. Sekuntum bunga, pasu bunga, frame gambar dan macam2 lagi. Setiap kali hari guru, mesti minta pada mak dan abah untuk belikan hadiah buat diberikan pada cikgu-cikgu. Seronok bila dapat bagi sesuatu buat cikgu yang kita sayang. betul tak? :D
Tapi, yang paling bestnya, setiap kali sambutan hari guru habis, saya pasti dokong hadiah banyak-banyak untuk dibawa pulang ke rumah. Bukan hadiah saya, tapi kepunyaan ibu saya. Maklumlah, beliau juga seorang guru. Tapi yang gembira lebih adalah anaknya iaitu
saya lah! hehe..
Untunglah pada sesiapa yang bergelar cikgu. Sampai ke akhir hayat akan kekal dipanggil cikgu oleh anak-anak murid. Pada saya, itu adalah yang terindah bukan?
SELAMAT HARI GURU
buat ibu saya, Pn Zabidah Abdullah, cikgu-cikgu yang pernah mengajar, mendidik, mengasuh dan memarahi saya daripada kecil hinggalah ke hari ini. Daripada nakal, sekarang dah jadi baik. erk! hehe.
Sungguh, setiap jasa dan pengorbananmu tidak terbalas, namun akan ku kenang hingga ke akhir hayat. Terima kasih di atas doa dan nasihat yang kau taburkan untuk anak didik mu ini sehingga mampu bergelar seorang manusia yang berguna. InshaAllah. Hanya Tuhan saja yang mampu membalas segala jasa baik cikgu semua. Doaku selalu mengiringimu cikgu!
Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.
Semoga cikgu sentiasa di bawah rahmat dan lindungan Allah selalu.
Khas buat cikgu-cikgu di :
Tadika Kemas Tandop, Alor Setar.
Tadika Kemas Kilang Cement, Langkawi.
SK Penghulu Ahmad, Langkawi.
SK Jalan Pegoh, Ipoh.
SMK Kg Pasir Puteh, Ipoh.
SMKA Slim River, Perak.
SMKA Sik, Kedah.
UiTM Merbok, Kedah.
UiTM Puncak Perdana, Shah Alam.
Saya saaaaayaang cikgu..!!
('___________')








12:57 AM
fatinamirah
,