
1:16 PM

fatinamirah
, Posted in
Ameera E-Shoppe
,
0 Comments
Assalamualaikum...
Baru balik dari Putrajaya. Having a nice gathering with my family and relatives in Shah Alam. Awesome! Kembali di rumah, menjalani rutin-rutin harian. Memasak, online, facebooking, chating, bla bla bla... :P
Sekarang, saya ada online shop, Ameera E-Shoppe. Macam-macam produk ada, SF Beauty Skincare, Pure Marine Collagen, Detox Foot Patch, Sabun kolagen, Sabun susu beras dan banyaaakk lagi.
:)

3:49 PM

fatinamirah
, Posted in
masak
,
masterchef
,
0 Comments
Lagi resepi yang aku berjaya buat hasil tunjuk ajar mak dan sememangnya resepi mak. hehe. Terima kasih bunda. Seronok sangat main masak-masak ni. Sekarang tengah berjinak-jinak dengan hiasan atau plating untuk setiap makanan. Masih belajar dan tersangatlah excited nak belajar...Semoga suatu hari dapat menyajikan makanan beserta dengan hiasan yang cantik, menarik dan kau memang deboomm!! :D
Ini dia Puding Buah Koktel..
Rasanya manis dan sudah tentulah sedap. Resepi bunda, sy ikut setiap sukatan yang mak bagi.. hehe.. Meh nak share resepi kat sini..
Puding Buah Koktel
Bahan-bahan
Agar-agar (yang RM2 punya bungkus)
1 tin Mixfruit (Fruit cocktail)
1 tin Laici
1 tin Susu cair Ideal
2 biji kuning telur
Gula secukup rasa
Cara-cara
1. Masak agar-agar ke dalam periuk dan kacau sehingga hancur.
2. Masukkan gula dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan air buah-buahan.
4. Pukul telur di dalam bekas yang mengandungi susu cair tadi dan tuang sedikit demi sedikit ke dalam periuk.
5. Kacau di atas api yang perlahan.
6. Tuang ke dalam mangkuk atau bekas, sejukkan dan bekukan di dalam peti ais.
7. Apabila dah beku, turapkan ke atas pinggan dan hias dengan ceri atau bahan lain mengikut citarasa anda.
Siap!
Selamat mencuba ye. :)

2:20 PM

fatinamirah
, Posted in
masak
,
masterchef
,
0 Comments
Hari ini hari Selasa. Sepatutnya mahu memasak untuk seseorang yang nak datang rumah tapi terpaksa membatalkan di saat-saat akhir kerana sebab tertentu. Hmm.. ok...
Tak apa lah...awak tak datang, saya masak jugak la seperti yang dirancang. huhu..
Ikan pun dah beli tau!
Nah...siakap tiga rasa siap!
Resepi ni saya ambil dari buku Chef Hanieliza...
SIAKAP TIGA RASA
Bahan A
-1 ekor ikan siakap @ bawal
-1 sudu makan tepung jagung (bg menyalut ikan)
-3 biji bawang merah (dihiris)
-1 labu bawang besar (dihiris)
-2 ulas bawang putih (dihiris)
-3 sentimeter halia (dihiris)
-Minyak bg menggoreng ikan
Bahan B (untuk sos)
-3 sudu makan sos tomato
-3 sudu makan sos cili
-3 sudu makan sos tiram
-3 sudu makan air (Fatin buh byk sikit, sbb kami suka kuah banyak2)
-1 sudu teh gula pasir
Bahan C (sbg hiasan)
-1 pokok daun bawang (tak guna pun, sbb tak de)
-2 biji cili merah (dihiris)
-2 biji cili hijau (Fatin letak banyak, sbb suka pedas)
-2 biji tomato (dipotong 4)
Cara membuat
1. Sapukan tepung jagung di sekeliling ikan. (Fatin tambah garam sikit bagi ada rasa)
2. Goreng ikan menggunakan minyak yang banyak sehingga masak dan kuning keemasan. Angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.
3. Keluarkan minyak dan tinggalkan dua sudu minyak bagi menumis bahan yang dihiris hingga wangi.
4. Masukkan bahan sos dan biarkan mendidih. Kacau rata.
5. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
6. Curahkan kuah sos di atas ikan.
Siap! ;D
Sebelum ni just memasak tanpa hiasan. Tapi hari ini teringin nak menghias-hias macam dalam Masterchef..kononnya..hehe.. Maka terhasillah seperti dalam gambar. Ok. Puas hati. Alhamdulillah.

12:03 AM

fatinamirah
,
0 Comments
Drama Korea di Astro channel 391, "Bread, Love and Dreams" menceritakan kegigihan anak-anak muda dalam mendalami ilmu membuat roti. Berulangkali mencuba dan terus mencuba bagi menghasilkan roti yang lebih berkualiti dan sedap. Jatuh bangun mereka dijadikan sebagai impak untuk mereka berubah menjadi lebih baik di antara yang terbaik. Tiada erti putus asa dan tidak pernah menyesal dengan apa yang mereka lalui saban hari. Apabila sentiasa berfikiran positif, segala kesedihan menjadikan mereka lebih kuat dan bersemangat untuk berusaha dengan lebih gigih.
Jadi...jadi...jadi...apa???
Hurm.
Semester baru dah nak bermula.
Semester akhir dan terakhir sebagai pelajar master.
Jadinyaaaa....plz Fatin,
Don't ever give up!
Try your best, your very best..
Think positive..
and Do your very best..
This is my dream. My dream. My future.
Semangat! haip.
Ok. Gud.
;-)