Lost


Instead of what happened around me lately, I feel so lost sometimes.
but I believe Allah knows the best for me. 


Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman.
(Surah Ali Imran : Ayat 139)

Allah swt berfirman: Adakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga sebelum kamu dicuba (uji) dengan berjihad di jalan Allah dan bersabar menghadapi musuh? Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 214:
albaqarah214
Ertinya: Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya, “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.
sumber


La tahzan.
Believe in Allah.
Always Allah.

#Sentiasa bersangka baik pada Allah#

Allah selamatkan kamu, abah!


18 Mac 2012

Selamat Hari Lahir buat abah yang tercinta.
Semoga panjang umur, murah rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik dan berbahagia selalu. Kakak sayang abah banyak!


You're my hero.
My only one.

Senyum pengubat duka


Apakah perasaan anda apabila melihat gambar-gambar di bawah?


Suka tak?















Suka kan bila tengok senyuman-senyuman itu tadi?
Sejuk hati orang yang melihatnya.
Bahagia.
Hilang segala kekusutan di minda.

Jom senyum selalu..!!
Tak rugi kalau anda senyum dahulu. Anda pasti menerima kembali senyuman dari orang sekeliling. Itu bahagia bukan?

Anda senyum.
Dia senyum.
Mereka senyum.
Kita senyum.

p/s: senyum itu sedekah.

Tips untuk berjaya!


Ada masa dan ketika, kamu pasti merasa kehilangan semangat dan harapan. Motivasi seakan-akan lenyap dari diri anda.



Diri kamu terasa lemah dan tidak bermaya. Seakan-akan dunia begitu gelap dan tiada cahaya. Semangat yang sememangnya tinggal sedikit kian lama kian luntur.



Diri sering dihantui dan dibayangi dengan kesilapan dan kegagalan masa lalu.



Untuk mengembalikan semangat yang hilang, kadang-kadang kita perlu bersuara. Kita perlu pujuk diri sendiri dengan kata-kata semangat yang kita mampu cipta ketika itu. 



Kita harus mengatakan pada diri kita yang kita boleh. Walau apa pun caranya, kita tetap boleh!



Lalu, bangkitlah! Bangkit dengan semangat juang yang tinggi.



Berikan komitmen sepenuhnya terhadap apa yang kita sedang lakukan. Realitikanlah apa yang menjadi impian kita selama ini.



Berfikirlah menggunakan akal. Positifkan diri anda.



Tingkatkan keyakinan diri, biarpun anda kelihatan lain daripada yang lain. Kelainan itu adalah kelebihan diri anda.



Tetapi harus sentiasa berwaspada, jangan pula terlalu yakin sehingga kamu tersilap membuat pilihan. Berfikirlah dalam keadaan yang tenang dan bijak.


 
Lemparkan juga rasa kemalasan yang wujud sekian lama dalam diri.



InshaAllah, kejayaan bakal menjadi milik kita. Mimpi pasti menjadi kenyataan.



 
Senyum juga sudah boleh sampai ke telinga. Eh!




Success is in your hand. Gimme five bro! 


CHAIYOK! CHAIYOK!

Gambar-gambar dan kata-kata semangat ini  ditujukan khas buat adik-adik saya, Nur Arifah, Aini, Wahida & Sha yang akan menduduki peperiksaan akhir untuk Diploma. Semoga berjaya!

('________')
 

My Only Hope

There's a song that inside of my soul 
It's the one that I've tried to write over and over again 
 I'm awake in the infinite cold, but you sing to me over 
And over and over again

So I lay my head back down  
And I lift my hands and pray to be only yours 
I pray to be only yours  
I know now you're my only hope

Sing to me the song of the stars  
Of your galaxy dancing and laughing and laughing again  
When it feels like my dreams are  
So far, sing to me of the plans that you have for me over again

So I lay my head back down  
And I lift my hands and pray to be only yours  
I pray to be only yours 
I know now you're my only hope

I give you my destiny, I'm giving you all of me 
I want your symphony  
Singing in all that I am at the top of my lungs 
I'm giving it back

So I lay my head back down  
And I lift my hands and pray to be only yours  
I pray to be only yours  
I know now you're my only hope
 

Pagi tadi layan cerita Dream High, Korean Drama. Tu yang boleh dengar lagu Only Hope ni. Best lagu ni. kann? :D 


Ok.. entry ni bukan nak bercerita pasal lagu ni. Tapi mahu bercerita pasal minggu pertama bergelar pelajar master. Huh! Bukan main berdebar-debar lagi tiap kali melangkah ke kelas setiap petang. Seram sejuk bila semua lecturer yang mengajar adalah Dr sekian sekian. Dulu time Degree, bila jumpa Dr2 ni, memang segan habis la. Tapi sekarang memang akan berjumpa dengan semua Dr2 ni kat kelas. Pheww! 

Minggu pertama, kelas pertama, sudah diberi tugasan. Dan semua assignment yang agak mencabar dan susah. Ye la, kata pelajar master..memang la assignment hebat-hebat, bukan macam Degree lagi ye Cik Fatin. Gulp! Orite, I'll try my best. 

That's my only hope. Succeed in everything i do. InshaAllah...


Let's the game begin..




Semester begin.
Let's do our best!

Bersabarlah!

Kadang-kadang terfikir sejenak, mengapa perubahan itu sangat sukar dikekalkan? Kenapa hanya bertahan sekejap cuma. Pelbagai cubaan telah dilakukan, setia mengharapkan panas sampai ke petang, rupanya hajat tidak kesampaian kerana hujan di tengah hari. Perubahan memerlukan banyak pengorbanan. Pengorbanan yang perlu datang dari hati yang ikhlas. Ianya perlu seiring dan sejalan dengan SABAR. 


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang yang kusyuk." (Al-Baqarah, ayat 45.)


Sabar dan tawakkal adalah usaha kita yang terakhir setelah pelbagai ikhtiar dan usaha kita  telah lakukan. Namun, sedang kita berusaha dan ikhtiar, ada dugaan dan cabaran yang kerap kali membuatkan kita cepat melatah. Makna sabar kadang-kadang tidak dihadam dengan baik, maka lahirlah sifat bertindak melulu dan menyerang tanpa memakai helmet. Eh. Fitrah manusia sentiasa melakukan kesilapan dan kesalahan sama ada kita menyedarinya ataupun tidak. Setelah beberapa ketika, penyesalan demi penyesalan datang di hati. Luluh dan kecewa menghantui diri dek kesilapan sendiri.

Tapi percayalah, Allah itu sentiasa ada dengan kita, menunggu kita berbicara denganNya, memohon perlindungan dan bantuan dariNya. Sesungguhnya Dialah sebaik-baik pelindung. Bawalah hati dekat dengan Pencipta, InshaAllah hati kan tenang sentiasa. Itu janjiNya. Kita harus percaya dan yakin, apa yang berlaku ada hikmahnya. Janji diri sendiri sentiasa positif untuk berubah menjadi terbaik dari hari ke hari.

Perubahan memerlukan pengorbanan. Biarlah sekarang kita menghirup rasa pahit itu, biar nantinya kita bisa melanggah seribu rasa kemanisan apabila hasilnya adalah kejayaan iaitu perubahan. Ya. Perubahan ke arah yang lebih baik. Baik dari segala segi. Baik fizikal, rohani dan jasmani. InshaAllah.

Jadikan keterpaksaan melakukan kebaikan itu satu peluang untuk kita berubah ke arah yang positif. Terpaksa lakukan, kita lakukan. Tidak mengapa. InshaAllah.. Dengan izin Allah, lama kelamaan hati terbiasa dengan kebaikan yang semakin hari semakin sebati dalam diri. Itu impian kita. Mahu berubah jadi baik. Semoga Allah redha. 

Bersabarlah. Bersabarlah. Bersabarlah. Pasti ada hikmah atas apa yang berlaku.


Ps : Yang baik itu datangnya dari Allah. Yang buruk itu datangnya dari diri sendiri. Tegurlah aku dan ajarilah aku andai ada salah dan silap. Entry ini adalah untuk ingatan diri sendiri yang sentiasa berusaha untuk melakukan perubahan yang kadang-kala terbit rasa putus asa dek kelalaian diri sendiri. Entry ini untuk aku meluahkan rasa hati di samping dapat memotivasikan diri sendiri, juga untuk sahabat-sahabat yang memerlukan motivasi. sama seperti aku Semoga ada manfaat yang dapat dikongsikan bersama.

Hadiah dari hati

Expo Buku Islam 2012, Putrajaya
24 Feb - 4 Mac 2012


Seronok dapat bawa pulang 3 buah buku ni. Hadiah dari hati untuk diri sendiri.

('________________')


Next station will be --------> KINOKUNIYA, KLCC

Jom!

Obsesiku

Obsesiku?

Eh, bukan la.. bukan lagu Aqasha dalam Gemersik Kalbu tu..heh!

Ia adalah obsesiku. Apa atau siapa?

Ia adalah buku. Ya, buku adalah obsesiku. Kata-kata seperti "A room without books is like a body without a soul" menunjukkan buku itu menjadi satu kepentingan di dalam kehidupan seharian. Rasa tidak sempurna hidup tanpa ada buku di sisi.

Kenapa gelaran ulat buku sering diberikan kepada seseorang yang obses  terhadap buku? Ulat tu kan seolah-olah menggambarkan sesuatu yang buruk dan tidak elok. Macam ulat pada buah-buahan. Kan bunyinya saja menunjukkan yang ia merosakkan. Walhal seseorang yang obses terhadap buku itu satu perkara yang cukup baik, elok dan bermanfaat. Bukan merosakkan. 

Menurut pensyarah saya yang juga seorang penulis buku,  En Shaharom TM Sulaiman, seseorang yang terlalu obses dengan buku dikenali sebagai Biblioholism. Ya itu tepat! Memang sesuai diberi gelaran sebegitu pada penggemar dan pencinta buku, bukan ulat buku.



"Adat orang berkasih
Tika berjauhan gundah gulana
Menghitung waktu bilakah dapat bersua.
Kala di sisi, segenap jiwa bernyanyi ria.
Kekasih hadir mengubat banyak perkara.

Begitu ibaratnya jika buku menjadi kekasih.
Sentiasa mengerti dan memberikan harapan.
Acap kali manusia dikecewakan sesama manusia
Tetapi buku tidak pernah mengecewakan
Walau bagaimana sekalipun `dia’ dilayan.
Dia kekasih abadi bagi yang mengerti."
Buku Kekasih oleh Shaharom TM Sulaiman 


Kenapa saya suka buku? Kenapa saya suka buku? 
Sebab ia beeeessstttt!!
Ya...buku lah pengubat duka lara dan jiwa saya.
Saya sedih, saya baca buku.
Saya gembira, saya baca buku.
Saya sunyi, saya baca buku.
Saya kecewa, saya baca buku.
Saya marah, saya baca buku.
Bila dapat membaca, terasa segar, kenyang minda, kenyang jiwa, kepuasan yang tidak terhingga sehingga meresap jauh ke dasar hati. Tapi zaman sekarang yang berteknologi canggih dan hebat, membaca blog ilmiah juga menjadi hobi saya. Tidak hanya sekadar buku. 

Alhamdulillah..minat membaca dalam diri saya dipupuk oleh mak dan abah saya semenjak dari kecil. Memandangkan mak seorang guru dan abah seorang pengurus perladangan Felcra, memang buku sentiasa sahaja penuh di rumah.  Melangkah ke  Tahun Satu pada tahun 1995, saya dengan sendirinya dapat membaca apa saja buku dengan lancar. Novel setebal 300-400 halaman sentiasa menjadi pilihan. Apabila singgah di kedai buku, tidak lagi hanya memilih buku kanak-kanak yang sedikit tulisan dan banyak illustrasi, tapi lebih gemar mencari novel yang tebal muka suratnya atas alasan lambat sikit habis membaca. Kalau buku yang nipis, cepat habis. Yang teruk mak dan abah la. Kena selalu beli buku untuk anak dia. Hehe. Abah juga rajin belikan Komik Kawan untuk saya dan adik. Satu almari penuh dengan komik  tu sampailah sekarang masih tersimpan rapi.

Teringat saya pada adik ketika dia berusia lebih kurang 5 atau 6 tahun, rajin betul dia membaca buku, tapi satu patah apa pun kami tidak faham. Bunyinya macam apa ya... langau!  haha.. ntah la.. tapi adik memang sangat suka membaca. Tapi itulah dunia kami. Buku, buku dan buku. Sehingga kini masih bangun pagi dengan buku di tangan, tidur juga buku sentiasa di atas muka. Eh! over plak. haha. 

Jom baca buku macam meow ni..:D


Ok.
Cukup di situ cerita tentang obsesiku.
Mahu bersiap-siap dan menyudahkan apa yang patut.
Sekejap lagi mahu pergi Pameran Buku Islam di Presint 3, Putrajaya.
Nak beli buku lagi.
Eh, mak baru pesan, jangan shopping sangat. Jimat sikit duit tu. Tapi mak, nak beli buku je pun.. hehe..

Arigatou. 

*nota daki: err..rindu kat mak la. homesick. huhuh

Fitrah Rindu dan Cinta

Ya, bukan Allah tak tahu hatimu cenderung pada si dia. 
Bukan Allah tak memahami kau selalu merinduinya. 
Bukan Allah tak mengerti bayangannya sering singgah di mindamu.
Semua itu fitrah. Setiap fitrah ada peraturannya. 
Kenapa? Supaya fitrahmu itu akan tersalur secara mulia dan diredhai-Nya.

Kenal pasti dahulu tahap kesediaanmu wahai remaja. 
Dirimu sedang sibuk bergelumang dengan pelajaran kan?
Dirimu belum bersedia untuk berumah tangga kan?
Dirimu sedang mempersiapkan diri kan?
Dirimu sedang mengutamakan prioriti yang lebih urgensi kan? 

Kalau dirimu dalam situasi ini, jadikan ujian cinta ini sebagai lubuk pahala apabila kau perisaikannya dengan mujahadah. Apabila ‘angau’ bertandang, cepat-cepatlah beristighfar kepada Allah. Kita beristighfar bukan kerana rindu itu suatu dosa sebaliknya kerana bimbang zina hati akan menjalar. Sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang boleh membina diri.

Rasulullah SAW telah memberi kaedah yang mudah. 

Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu. (Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik).

Rindu dan cinta itu fitrah. Semua insan mengalaminya. Cumanya, mesej  yang ditekankan  adalah tentang ‘cara menguruskan fitrah rindu dan cinta.’ Bermula dari menguruskan hati, pilihlah samada:

1)  Menguruskan hati yang merindu dengan membiarkannya menerawang jauh, membiarkan ia membayangkan apa saja yang ingin dibayangkannya, jangan membayangkan persetubuhan luar nikah sahaja.

2) Menguruskan hati yang merindu dengan memperbanyakkan mujahadah dengan istighfar agar terpelihara cinta agungnya kepada Allah, dan cinta kepada makhluk semata-mata untuk mencari redha Allah SWT.

Pilihlah cara masing-masing nak menguruskan hati. Bersedialah menghadapi natijahnya sendiri.
 
Artikel ini dipetik beberapa perenggannya yang diambil daripada blog Ustazah Fatimah Syarha (www.sebarkanbahagia.blogspot.com) untuk dikongsi bersama..

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme