Fuuuh...sungguh ohsem. memang ohsem bila berada di rumah. Ada mak, abah, adik. Memanglah ohsem.
aaarggghhh.... bahagiaaanyaaaa....
('___________________________')
Peace.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pagi-pagi ahad, bangun terus buat seat up. hehe. perut dah buncit la.. adoiyai pun. gemoknye!
Dah bermingu-minggu tidak mencoret-coret di blog ini. hehe. kesian korang tunggu post baru. Eh, blog ni ada pembaca ke? haha. perasan di situ.
orite.
Lately ni, sibuk dengan assignment dan presentation di kelas. Boleh dikatakan setiap hari ada presentation. Mungkin ni la nikmatnya menjadi pelajar Master. Presentation dah jadi sebati dalam diri. Rasa takut untuk berdiri di depan kelas sambil menggawang-gawangkan tangan untuk mempersembahkan apa saja yang sudah dibincangkan sama ada individu ataupun berkumpulan semakin hari semakin kurang.. Alhamdulillah..sedikit sebanyak dapat meningkatkan keyakinan diri sendiri. Sekarang baru nampak hikmahnya bila sambung master. Memang ohsem!
Dalam kelas, saya dan dua lagi rakan merangkap roomate, adalah paaaling muda. hehe. Yang lain, semuanya pangkat abang dan kakak. Jadi terasa seperti adik manja lah jugak berada lam kelas ni. erk, perlu ke! haha.
Tapi dekat kelas, memang ohsem. Kebanyakan kakak dan abang, bekerja sambil belajar. Jadi, tahap kematangan diri ini menunjukkan peningkatan yang ohsem juga. Kakak dan abang, tidak lokek berkongsi tips, pengalaman, disamping turut melontarkan idea-idea yang sungguh bernas untuk adik-adik seperti saya ni untuk berfikir dan bergerak maju ke hadapan dalam hidup ini. Ohsem kan? Rasa cukup bertuah bila boleh berada satu kelas dengan orang-orang yang hebat. Moga diri sendiri turut terdorong menjadi antara orang-orang yang hebat. InshaAllah. Amin.
Takdir telah menemukan saya dengan bidang Sains Perpustakaan. Takdir juga yang telah membawa saya ke UiTM. Takdir jugalah yang meletakkan diri saya sebagai manusia sehingga kini. Manusia yang benar-benar mahu menjadi manusia. InshaAllah. Mahu menjadi manusia yang ohsem suatu hari nanti.!
Dulu, selepas tamat Degree, hati terasa libang-libu, resah, takut, bimbang yang saya tidak punyai pekerjaan. Alhamdulillah....di saat hati yang sering bergundah-gelana, saya teruskan usaha memohon pelbagai jawatan, walaupun bukan bidang saya, niat hanya mahu bekerja. Alhamdulillah, takdir telah menemukan saya dengan Albukhary International University Library. Maka, bermulalah saya sebagai pembantu perpustakaan(kontrak) selama 5 bulan 17 hari. Di saat-saat kontrak hampir tamat, tawaran menyambung master pula datang. Dalam masa yang sama, interview pekerjaan tetap jugak hadir, menjadikan hati ini berada dalam dilema.
Akhirnya, keputusan dibuat, master dipilih. Bagi mencukupkan ilmu di dada. Alhamdulillah. Rezeki saya di sini. Takdir Allah membawa saya ke sini. Dan saya amat bersyukur, biarpun rata-rata sahabat sama batch dengan saya, ramai yang sudah punya pekerjaan tetap. Allah punya agenda tersendiri untuk saya. Dia takdirkan saya terus menggali ilmu lagi.Syukur.
Takdir Allah itu ohsem kan?
Allah sebaik-baik pengatur kehidupan hambaNya.
Alhamdulillah.
Tinggal diri sendiri, bagaimana mahu mengucapkan rasa terima kasih kita kepada takdir Allah. Ucapkan syukur, berikan komitmen sepenuhnya, betulkan niat di hati. InshaAllah..semoga hati sentiasa dilapangkan oleh-Nya dari apa jua anasir-anasir negatif.
Apa pun yang ada dengan kita sekarang, hargailah. Sebab ilmu dan pengalaman adalah ohsem.
peace. (^^,)
#SelamatbercutibuatwargaUITMdihatiku#