Bahagia 3
Alhamdulillah, tahun ni, saya dapat beraya sepuas-puasnya di kampung halaman. Tahun depan belum tentu lagi. Ntah panjang umur ke tidak kan.. Tak pun, kalau dah bekerja, mana nak dapat cuti lama-lama macam sekarang. heh. Bahagia.
Sebelum 1 Syawal tiba, saya sibuk membuat kuih raya di siang hari, memandangkan malam mahu bertarawih. Memang sibuk, facebook pun jarang bukak. Mana dengan mengemas rumah lagi, cuci tingkap, buang sawang, sapu sampah. Adik dan abang-abang saya, semua balik dekat-dekat nak raya, tu yang terpaksa buat sorang-sorang.. tapi apa pun, seronok bila tgk rumah bersih dan cantik. Siap buat deko baru untuk ruang tamu. hehe.
Pagi-pagi raya, dapat bersolat sunat Aidilfitri bersama keluarga di Masjid Kubor Panjang. Meriah. Ramai sangat orang.. sampai tak muat masjid.. hehe.. Alhamdulillah.
Pastu, dapat ziarah kubur arwah wan dan tok. Rupanya kubur wan sebelah je dengan kubur tok. Seronok kan?? hehe..
"Mak, kakak cop kubur nnti nak dok tgh2 antara tok ngan wan."
hehe. Gulp. tiba2 rasa seram dan takut plak cakap camtu.
Semoga arwah tok dan wan tenang di sana dan ditempatkan di kalangan para solehin.
aminn.
Tragedi 5 Syawal
Seperti yang dirancang, Syawal ke-5, kami sekeluarga mahu beraya di sekitar Kulim. Angah dan Kak ifah lama tak beraya rumah mak nyang, mak ndak dan mak teh. So, bersiap-siap dan sempat la bergambar di ruang tamu. hehe..
jom, layan gambar-gambar raya..
3 dara pingitan di belakang. haha.
cewah..kakak, sempat lagi posing. Pose die sendiri yang buat tau! haha.
gaya Fahrin Ahmad.. hehe..
ni time baik, boleh la peluk-peluk camni. Time gaduh??? ahahah
kakak pose camtu, tiba-tiba Adam datang pose kepala lentok atas sofa. hehe. Comel.
Bahagia kan bila dapat bersama keluarga? :) Seronok melayan keletah dua budak kecil tu.
haish...Acik rindu la..
Ok. Sambung cerita.
Hampir jam 12 tengah hari, kami bertolak menuju ke Kulim. Perjalanan yang mengambil masa hampir 2 jam perjalanan.
Tapi........
Baru 20 minit perjalanan, kami kemalangan. huhu.
Tengok ni..
Alhamdulillah, kereta Abah yang di depan sekali, selamat. Kereta angah (Pesona purple), belakang agak teruk selepas disondol sebanyak dua kali. Tapi apa pun, kesian kat kereta kancil putih tu. Dia berada di tengah-tengah.. depan belakang kena. hmmm.
Tragedi yang menyebabkan kezutan pada minda dan jiwa kami yang berada dalam kereta Pesona itu. hehe. Mana taknya, dua kali kena hentam belakang. Allah.Allah.
Nasib baik, tidak apa-apa. Alhamdulillah. Allah masih beri peluang untuk hidup di dunia ini.
Ada hikmah disebalik setiap kejadian yang berlaku.
Benarlah, pesan Abah tiap kali nak naik kenderaan, agar tidak lupa baca doa. Mudah-mudahan semuanya selamat sehingga tiba ke destinasi. Walaupun, kadang-kadang, kita sudah pun berhati-hati, tapi kemungkinan orang lain pula yang menyebabkan kita kemalangan. Nauzubillah. Moga dijauhkan. aminn.
Selepas hampir 3 jam, selesai semua proses di Balai Polis..kami tetap teruskan perjalanan ke Kulim.
Dannnnn...........
Untung mak nyang sudah pun menyediakan juadah yang sungguh banyak dan memang terbaaaaikkk... sedaap! hehe.
Terima kasih Nyang, Ndak dan Mak Teh yang menjamu kami sampai kembung perut. hehe.
5 Syawal berakhir dengan selamat. Walaupun pahit, tapi manisnya tetap ada.
Itu pun namanya bahagia kan???
:)