Sepetang bersama..

Assalam.

Hari ni, jalan-jalan menyelusuri The Summit, Subang USJ di petang hari bersama famili. Tujuan utamanya mahu mencari baju mandi hanya untuk si kecil Adam Rafiq. Si kakaknya, Aisyah sudah ada. Ibunya dan Acik, apa lagi, ambil peluang untuk mencuci mata di beberapa buah kedai-kedai baju. Cantik.. suma cantik-cantikkk bangat. Tapi kami tak beli pun. Hehe..

Jalan punya jalan, sampai lah ke satu kedai menjual produk-produk dari China. Memang borong macam-macam di situ. Semua berkenan. hee.. Baju mandi Adam pun ada la..
Tengok ni..


Comel kan?

Aisyah ada dua baju mandi. Satu dah tak selesa, so, yang ni menjadi pilihannya...mixture baju mandi dan seluar..hehe.. boleh lah.. comel gak kan?


Dua-dua si kecil dah dapat baju mandi. Tinggal nak pergi bercuti je lagi. Plan nak ke Medan terpaksa dibatalkan kerana ada rusuhan di sana, ke Hatyai juga dibatalkan saat-saat akhir, kerana ada letupan di sebuah hotel yang sememangnya ingin ditempah oleh abang saya. ouwh..ngeri! Alhamdulillah, mereka semua belum pergi ke sana.
Mana pun pergi, jangan lupa bawak balik ole-ole untuk Acik ye.. heheh..



  Haa...ni dua-dua pegang sorang satu teropong. Teropong apa ntah. Aisyah boleh pulak teropong ibu tengah solat.. hish hish.. nakal ni! Dari dalam kereta sampai lah ke dalam rumah, teropong tu tergantung kat leher. Dah macam pelancong.. Sibuk teropong sana sini.. hahah..


Sebelum pulang ke rumah, singgah makan di Mc Donald. Adam dari jauh lagi dah tunjuk-tunjuk McD ni. Bila Acik tanya apa tu, tak tahu nak jawab agaknya, asyik jawab tu..tu.. hehe.. sungguh comel.

Adam seronok dapat makan makanan kegemarannya, Fries McD. sampai muncung-muncung mulut dia kunyah Fries tu.. hehe.. Tapi lam gambar ni dia tengah posing, sebab tahu Acik nak amik gambar dia..:D

 Gembira. Seronok. Suka.
Hujung minggu saya terisi bila bersama-sama ngan anak-anak buah saya ni. Hilang sekejap rasa penat mengadap laptop, menyiapkan assignment bila melayan kerenah budak kecik kesayangan saya ni..
 ('______')

#esok dah nak balik puncak. Kembali menghadap buku, artikel,etc..omg!#

2 Response to "Sepetang bersama.."

  1. Unknown says:

    Kejap ja masa berlalu bila bersama si kakak & si adik ni.. Trip ke medan/hatyai terpaksa dibatalkan disaat2 akhir. huhu sungguh ralat rasa dihati. tapi tetap bersyukur kerana kami masih dlm PeliharaanNya.Ibu n abah bawak si dua beradik ni citu2 Malaysia Perak je. mandi2 kat Tambun. Puas main ayaq. Tapi sori sgt terlupa nak beli ole2.. huhu

    hehe..acik ok je.. janji semua dpt pulang dgn selamat..ole2 x penting..

    seronok la tgk gmbar aisyah n adam mandi.. teringin plak nak pi..acik x sampai lg kat Tambun...:)

Post a Comment

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme