Showing posts with label masterchef. Show all posts
Showing posts with label masterchef. Show all posts

Puding buah koktel

Lagi resepi yang aku berjaya buat hasil tunjuk ajar mak dan sememangnya resepi mak. hehe. Terima kasih bunda. Seronok sangat main masak-masak ni. Sekarang tengah berjinak-jinak dengan hiasan atau plating untuk setiap makanan. Masih belajar dan tersangatlah excited nak belajar...Semoga suatu hari dapat menyajikan makanan beserta dengan hiasan yang cantik, menarik dan kau memang deboomm!! :D

Ini dia Puding Buah Koktel..



Rasanya manis dan sudah tentulah sedap. Resepi bunda, sy ikut setiap sukatan yang mak bagi.. hehe.. Meh nak share resepi kat sini..


Puding Buah Koktel

Bahan-bahan

Agar-agar (yang RM2 punya bungkus)
1 tin Mixfruit (Fruit cocktail)
1 tin Laici
1 tin Susu cair Ideal
2 biji kuning telur
Gula secukup rasa

Cara-cara
1. Masak agar-agar ke dalam periuk dan kacau sehingga hancur.
2. Masukkan gula dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan air buah-buahan.
4. Pukul telur di dalam bekas yang mengandungi susu cair tadi dan tuang sedikit demi sedikit ke dalam periuk.
5. Kacau di atas api yang perlahan.
6. Tuang ke dalam mangkuk atau bekas, sejukkan dan bekukan di dalam peti ais.
7. Apabila dah beku, turapkan ke atas pinggan dan hias dengan ceri atau bahan lain mengikut citarasa anda.

Siap!

Selamat mencuba ye. :)

Siakap 3 Rasa

Hari ini hari Selasa. Sepatutnya mahu memasak untuk seseorang yang nak datang rumah tapi terpaksa membatalkan di saat-saat akhir kerana sebab tertentu. Hmm.. ok...
Tak apa lah...awak tak datang, saya masak jugak la seperti yang dirancang. huhu.. 
Ikan pun dah beli tau! 

Nah...siakap tiga rasa siap! 


Resepi ni saya ambil dari buku Chef Hanieliza...


SIAKAP TIGA RASA

Bahan A
-1 ekor ikan siakap @ bawal
-1 sudu makan tepung jagung (bg menyalut ikan)
-3 biji bawang merah (dihiris)
-1 labu bawang besar (dihiris)
-2 ulas bawang putih (dihiris)
-3 sentimeter halia (dihiris)
-Minyak bg menggoreng ikan

Bahan B (untuk sos)
-3 sudu makan sos tomato
-3 sudu makan sos cili
-3 sudu makan sos tiram
-3 sudu makan air (Fatin buh byk sikit, sbb kami suka kuah banyak2)
-1 sudu teh gula pasir

Bahan C (sbg hiasan)
-1 pokok daun bawang (tak guna pun, sbb tak de)
-2 biji cili merah (dihiris)
-2 biji cili hijau (Fatin letak banyak, sbb suka pedas)
-2 biji tomato (dipotong 4)

Cara membuat
1. Sapukan tepung jagung di sekeliling ikan. (Fatin tambah garam sikit bagi ada rasa)
2. Goreng ikan menggunakan minyak yang banyak sehingga masak dan kuning keemasan. Angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.
3. Keluarkan minyak dan tinggalkan dua sudu minyak bagi menumis bahan yang dihiris hingga wangi.
4. Masukkan bahan sos dan biarkan mendidih. Kacau rata.
5. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
6. Curahkan kuah sos di atas ikan.

Siap! ;D


Sebelum ni just memasak tanpa hiasan. Tapi hari ini teringin nak menghias-hias macam dalam Masterchef..kononnya..hehe.. Maka terhasillah seperti dalam gambar. Ok. Puas hati. Alhamdulillah.




Roti Prata

Assalamualaikum.

Seusai menyapu minyak gamat di perut, terus teringat mahu update blog. Hmm.. perut saya dari tadi berasa kurang selesa. Ini semua gara-gara makan tak hengat! Haish..Fatin2.. 6 bulan tinggal bersama mak dan abah, tak ada hari yang saya tak makan. Haiyooo... itu macam la sudah gumuk sekarang..! Naik 3 kg dah berat ni woi.. Bersenam tak jugak. Setiap pagi, pergi kerja naik kereta, lepas tu, duduk la menghadap PC sampai la pukul 5 petang. Balik rumah pun naik kereta, dinner pulak dengan mak abah.. Makan dan makan, twenty four seven. Kat ofis, kadangkala masing2 pakat bawa makanan, tak makan, tak sampai hati. Orang dah jemput, tak kan nak tolak pula, tak patut kan?  hehe... eh, bukan ini yang saya nak cerita sebenarnya. Stop!


kisahnya bermula di sini...

3

2

1

eh, pandai gak korang kira ea! heee..

Sejak dua menjak program Masterchef Malaysia ni wujud, minat saya mula bercambah ke dunia masakan la pulak. Kagum sungguh la...sebab peserta-peserta boleh memasak dan mereka menu baru dalam masa yang cukup singkat tapi sangat sedap dan dipuji oleh Chef Juri. Wow, amazing right? Bayangkan anda diberi masa 15 minit untuk buat masakan yang anda tidak pernah masak pun sebelum ni, apatah lagi makan. Hebat kan? Kalau la diberinya pada saya,  disuruhnya pulak saya buah roti canai, rasanya dah jadi roti kirai. Eh! 


Saya suka tengok Azamir, salah seorang peserta MCM. Ya Allah, muda lagi, baru 19 tahun. Beliau kreatif tau menginovatifkan makanan tersebut jadi sesuatu yang baru. Semuanya nampak menarik dan yummy di atas pinggan. Rasanya, tip top menurut kata Chef Juri.


''tiada apa yang mustahil di dunia ini, asalkan kita mahu berusaha"


Kata-kata di atas cukup menggambarkan betapa usaha itu penting. Tidak kiralah sesusah dan sepayah mana pun kerja, kalau ada kemahuan, semangat dan usaha, sudah pasti kita akan genggam apa jua yang diidamkan. InshaAllah. 


Teringat saya pada satu rancangan tv di Astro AFC (Asian Food Channel) semalam, kisah seorang pak cik yang tinggal di Adelaide yang berusia 63 tahun. Beliau mula memasak ketika umurnya 50 tahun, itu pun setelah kematian isterinya ketika itu. Sebelum ini, beliau hanya sekadar menjadi pemerhati apabila isterinya sedang memasak dan membantu ketika perlu sahaja dan pada hakikatnya, memang beliau tidak langsung tahu memasak. Dalam jangka masa selama 13 tahun, kini, beliau mampu membuka sebuah restoran yang sangat terkenal di daerah sana dengan masakan paling popularnya adalah Roti Prata. Selepas kematian isteri tercinta, beliau cuba mengingati apa jua masakan mendiang isterinya, dan sering mencuba memasak berkali-kali dengan usahanya sendiri.


Moral of the story is kita masih belum terlambat untuk berubah demi mencapai impian hidup kita. Walaupun diusia yang lanjut sekali pun, jika adanya kemahuan, apa pun dapat dipenuhi dengan izin Allah. Apatah lagi kita yang muda belia ni, masih punya kudrat yang banyak. Makanya, berusahalah selagi boleh. Capailah apa yang diimpikan. Yok, gambatte ne!


So, kiranya ada chance la kan, saya nak masuk Masterchef Malaysia musim kedua? Errrr...

Masterchef Fatin

Assalamualaikum...

Angin terus bertiup sepoi-sepoi bahasa. Pokok kelapa, pokok limau dan pepohon rendang lain meliuk lentok dipukul arus angin. Sungguh mendamaikan hati. Sesekali angin menyapa lembut dipipi, Alhamdulillah. Masih lagi diberi kesempatan oleh Dia untuk merasai pagi yang nyaman di kampung halaman tercinta.

Eh, entry kali ni kenapa tajuknya Masterchef? Mahu jadi masterchef pulakah Fatin ni.. ehh..tak..itu hanyalah angan-angan saya mahu menjadi Masterchef macam Ezany. hehe.. Hobi baru saya, adalah memasak. Antara masakan yang saya sudah cuba ialah Moist Choc Cake, Green Apple Cake with Lime Juice, Beef Steak,  pelbagai jenis Spageti yang diubahsuai sendiri oleh saya dan makanan tradisional yang kebanyakannya belajar dari mak saya.. hehe.. Tapi mana boleh masuk masterchef lagi kawan... Doakan je la eh.. mana la tahu suatu hari nanti.....hmmm..:-)

Entry ni mahu cerita pasal saya yang bakal melangkah setapak lagi dalam dunia pengajian tinggi iaitu Master.

Seminggu saja lagi diri ini bergelar Library Assistant (Contract) di Albukhary International University Library. Selepas ini, saya kembali menghadap buku-buku, assignments, presentations, final exams dan rakan-rakan seperjuangan di kampus. Seronok kerana bakal kembali melalui zaman kegembiraan menelaah pelajaran dan mengulangkaji sehingga lewat malam. Cuma yang berbeda, kali ini adalah di peringkat yang lebih mencabar keupayaan diri. Debaran semakin terasa, antara sedih mahu meninggal kampung halaman, seronok dan takut mahu memulakan pengajian sebagai pelajar Master. Semuanya bercampur aduk di hati, namun saya yakin, ini lah peluang dan nikmat yang Allah turunkan untuk saya buat ketika ini. Masih memberi ruang untukku melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi..Subhanallah..


Setahun setengah bakal saya habiskan masa untuk mengambil master. Ketika itu umur saya menjangkau 25 thn. InshaAllah.. Mohon doa dari sahibah semua. Semoga kekuatan diri terus dibekalkan oleh yang Maha Esa untuk meneruskan perjuangan juga memenuhi harapan  mak dan abah yang dikasihi. InshaAllah.

Mahu jadi Masterchef la.. Boleh jugak.. Jadi masterchef untuk suami saya nanti. Eh..




powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme