Masterchef Fatin
Assalamualaikum...
Angin terus bertiup sepoi-sepoi bahasa. Pokok kelapa, pokok limau dan pepohon rendang lain meliuk lentok dipukul arus angin. Sungguh mendamaikan hati. Sesekali angin menyapa lembut dipipi, Alhamdulillah. Masih lagi diberi kesempatan oleh Dia untuk merasai pagi yang nyaman di kampung halaman tercinta.
Eh, entry kali ni kenapa tajuknya Masterchef? Mahu jadi masterchef pulakah Fatin ni.. ehh..tak..itu hanyalah angan-angan saya mahu menjadi Masterchef macam Ezany. hehe.. Hobi baru saya, adalah memasak. Antara masakan yang saya sudah cuba ialah Moist Choc Cake, Green Apple Cake with Lime Juice, Beef Steak, pelbagai jenis Spageti yang diubahsuai sendiri oleh saya dan makanan tradisional yang kebanyakannya belajar dari mak saya.. hehe.. Tapi mana boleh masuk masterchef lagi kawan... Doakan je la eh.. mana la tahu suatu hari nanti.....hmmm..:-)
Entry ni mahu cerita pasal saya yang bakal melangkah setapak lagi dalam dunia pengajian tinggi iaitu Master.
Seminggu saja lagi diri ini bergelar Library Assistant (Contract) di Albukhary International University Library. Selepas ini, saya kembali menghadap buku-buku, assignments, presentations, final exams dan rakan-rakan seperjuangan di kampus. Seronok kerana bakal kembali melalui zaman kegembiraan menelaah pelajaran dan mengulangkaji sehingga lewat malam. Cuma yang berbeda, kali ini adalah di peringkat yang lebih mencabar keupayaan diri. Debaran semakin terasa, antara sedih mahu meninggal kampung halaman, seronok dan takut mahu memulakan pengajian sebagai pelajar Master. Semuanya bercampur aduk di hati, namun saya yakin, ini lah peluang dan nikmat yang Allah turunkan untuk saya buat ketika ini. Masih memberi ruang untukku melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi..Subhanallah..
Setahun setengah bakal saya habiskan masa untuk mengambil master. Ketika itu umur saya menjangkau 25 thn. InshaAllah.. Mohon doa dari sahibah semua. Semoga kekuatan diri terus dibekalkan oleh yang Maha Esa untuk meneruskan perjuangan juga memenuhi harapan mak dan abah yang dikasihi. InshaAllah.
Mahu jadi Masterchef la.. Boleh jugak.. Jadi masterchef untuk suami saya nanti. Eh..



11:01 AM
fatinamirah
, Posted in
0 Response to "Masterchef Fatin"
Post a Comment