Roti Prata
Assalamualaikum.
Seusai menyapu minyak gamat di perut, terus teringat mahu update blog. Hmm.. perut saya dari tadi berasa kurang selesa. Ini semua gara-gara makan tak hengat! Haish..Fatin2.. 6 bulan tinggal bersama mak dan abah, tak ada hari yang saya tak makan. Haiyooo... itu macam la sudah gumuk sekarang..! Naik 3 kg dah berat ni woi.. Bersenam tak jugak. Setiap pagi, pergi kerja naik kereta, lepas tu, duduk la menghadap PC sampai la pukul 5 petang. Balik rumah pun naik kereta, dinner pulak dengan mak abah.. Makan dan makan, twenty four seven. Kat ofis, kadangkala masing2 pakat bawa makanan, tak makan, tak sampai hati. Orang dah jemput, tak kan nak tolak pula, tak patut kan? hehe... eh, bukan ini yang saya nak cerita sebenarnya. Stop!
kisahnya bermula di sini...
3
2
1
eh, pandai gak korang kira ea! heee..
Sejak dua menjak program Masterchef Malaysia ni wujud, minat saya mula bercambah ke dunia masakan la pulak. Kagum sungguh la...sebab peserta-peserta boleh memasak dan mereka menu baru dalam masa yang cukup singkat tapi sangat sedap dan dipuji oleh Chef Juri. Wow, amazing right? Bayangkan anda diberi masa 15 minit untuk buat masakan yang anda tidak pernah masak pun sebelum ni, apatah lagi makan. Hebat kan? Kalau la diberinya pada saya, disuruhnya pulak saya buah roti canai, rasanya dah jadi roti kirai. Eh!
Saya suka tengok Azamir, salah seorang peserta MCM. Ya Allah, muda lagi, baru 19 tahun. Beliau kreatif tau menginovatifkan makanan tersebut jadi sesuatu yang baru. Semuanya nampak menarik dan yummy di atas pinggan. Rasanya, tip top menurut kata Chef Juri.
''tiada apa yang mustahil di dunia ini, asalkan kita mahu berusaha"
Kata-kata di atas cukup menggambarkan betapa usaha itu penting. Tidak kiralah sesusah dan sepayah mana pun kerja, kalau ada kemahuan, semangat dan usaha, sudah pasti kita akan genggam apa jua yang diidamkan. InshaAllah.
Teringat saya pada satu rancangan tv di Astro AFC (Asian Food Channel) semalam, kisah seorang pak cik yang tinggal di Adelaide yang berusia 63 tahun. Beliau mula memasak ketika umurnya 50 tahun, itu pun setelah kematian isterinya ketika itu. Sebelum ini, beliau hanya sekadar menjadi pemerhati apabila isterinya sedang memasak dan membantu ketika perlu sahaja dan pada hakikatnya, memang beliau tidak langsung tahu memasak. Dalam jangka masa selama 13 tahun, kini, beliau mampu membuka sebuah restoran yang sangat terkenal di daerah sana dengan masakan paling popularnya adalah Roti Prata. Selepas kematian isteri tercinta, beliau cuba mengingati apa jua masakan mendiang isterinya, dan sering mencuba memasak berkali-kali dengan usahanya sendiri.
Moral of the story is kita masih belum terlambat untuk berubah demi mencapai impian hidup kita. Walaupun diusia yang lanjut sekali pun, jika adanya kemahuan, apa pun dapat dipenuhi dengan izin Allah. Apatah lagi kita yang muda belia ni, masih punya kudrat yang banyak. Makanya, berusahalah selagi boleh. Capailah apa yang diimpikan. Yok, gambatte ne!
So, kiranya ada chance la kan, saya nak masuk Masterchef Malaysia musim kedua? Errrr...



8:49 PM
fatinamirah
, Posted in
gambate deh haha