1, 2, 3... ehem ehem

Assalamualaikum..

Ini adalah entry saya yang pertama untuk blog ini. Sudah lama tersimpan niat di hati, mahu memiliki blog sendiri, mahu menulis dengan idea sendiri, mahu berkongsi apa jua rasa hati ini di sini. 

Ok..kenapa saya kata Fatin itu bijak, Amirah itu puteri. Hey, ini bukan statement perasan ya! hehe.. Itu adalah maksud nama saya sebenar. Apabila digabungkan maksud tersebut, maka jadilah Puteri Bijak. sedap tak sedap nama yang abah dan mak saya berikan.. Bertuah menjadi anak kepada Hj Abdul Rahaman dengan Hjh Zabidah. 

Saya dilahirkan di Sik, Kedah. Anak jati Kedah la ni... hidup saya dari kecil, asyik berpindah randah.. tapi kami bukan Nomad. hehe.. Dibesarkan di banyak daerah dan juga negeri.. Disekolahkan juga di merata pelosok sekolah yang ada di Malaysia. Dari Jeniang, Bukit Selambau, Langkawi, Ipoh, Baling, Alor Star, dan Kubur Panjang..semuanya pernah menjadi tempat tinggal saya sekeluarga. Seronok juga berpindah ke merata tempat ni, saya dapat banyak sahabat, keluarga angkat, guru-guru dan jiran. hmmm.. Agaknya lah kan, sebab itulah saya gemar berjalan, melancong dan mengembara.

 "Hidup ini memerlukan penerokaan yang luas, kajilah dan terokailah selagi hayat di kandung badan. Kerna apa yang dijumpai di setiap pengembaraan, itulah yang dinamakan pengalaman."

Blog ini sedikit sebanyak mengisahkan pengembaraan saya di bumi ciptaan Allah ini juga kehidupan seharian saya hasil dari penemuan-penemuan yang menarik untuk dikongsikan dengan semua orang. Diharapkan semangat untuk menulis kan kekal berpanjangan di samping dapat berkongsi pengalaman serta ilmu yang bermanfaat untuk diamalkan bersama. InshaAllah. Semoga Allah redha.

0 Response to "1, 2, 3... ehem ehem"

Post a Comment

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme