Cinta hati
Di pagi hari terasa sedih sedikit hati ini. Jiwa kacau. Tidak tahulah apa yang digusarkan. Astaghfirullah. Teringat pada kata-kata seorang sahabat karib saya, "Istighfar banyak-banyak, moga kalau ada dosa Dia ampunkan". T__T
Bersiap-siap ala kadar, mahu ke Alor Setar, menyelesaikan beberapa urusan saya sebelum bertolak ke Shah Alam dua hari lagi. Alhamdulillah, banyak perkara dapat diselesaikan dengan baik dan tidak banyak songeh. Semua ok! Gambar pasport pun cantik, eh! hehe. Selalunya tiap kali selepas ambil gambar pasport, mulut saya tak berhenti mengomel. Sudahlah mahal, gambarnya tak memuaskan hati. Syukur. Kedai yang saya kunjungi tadi memang ok. Komen saya, gambar cantik! hee..
Ok. Mahu cerita pasal cinta hati saya. Seusai urusan saya di Alor Setar, sebelum bergerak pulang ke rumah, singgah sebentar di ofis tercinta, AIU Library. Niat di hati hanya mahu bergambar bersama rakan staf. Alih-alih dapat tahu, cek bulan lepas dah boleh ambil. Alhamdulillah. Rezeki. Senyum. Hilang segala sedih kan. hehe. Tahu pulak ada majlis minum petang bagi meraikan hari terakhir saya di AIU. Ouh..terkejut boboi. TERHARU! I'm speechless. T__T
siap ada hadiah lagi. Lagi terharu. T__T.
MP3 player. From my boss.
Sepasang kain ela. From Library Staf.
Ya Allah. Tak tahu nak gambarkan perasaan saya. Memang tak sangka tau. ceh..macam poyo plak rasa. hehe. Tapi itulah hakikatnya. Terima kasih daun keladi warga AIU terutama warga perpustakaan. Kredit untuk Kak Sali (tuan punya kamera) dan Fatin Najla, photographer yang sungguh bergaya gambarnya. Tuannya pun bergaya jugak. ;)
Alhamdulillah. Nikmat dari Allah itu tak pernah kurang. Walaupun pagi tadi terasa sedikit emo, tapi menjelang petang, tak habis-habis Dia kurniakan saya saat yang bahagia. Cukup bahagia. Terima Kasih Allah.
AIU, semoga kita bersua lagi!



12:27 AM
fatinamirah
, Posted in





0 Response to "Cinta hati"
Post a Comment