Tok Kadi
Pelik je tajuk entry ni..hehe.. relax...cool... baca dulu..
Niat hati mahu menulis sesuatu di blog ini semalam. Dek kerana hujan yang lebat dan guruh berdentam-dentum serta kilat sabung-menyabung, saya takut nak dekat dengan apa pun barang elektrik. Takut kena elektrical shock! Pegang sudu pun takut kena sambar kilat. eh. Dulu kan masa kecik-kecik, selalu dengar orang kata, time kilat jangan sentuh benda besi. Nanti kena sambar. Sampai sekaranglah saya teringat-ingat. Sudahnya, time kilat je, saya dok diam-diam atas katil, baca buku. jauh dari besi. heehe..
Niat hati mahu menulis sesuatu di blog ini semalam. Dek kerana hujan yang lebat dan guruh berdentam-dentum serta kilat sabung-menyabung, saya takut nak dekat dengan apa pun barang elektrik. Takut kena elektrical shock! Pegang sudu pun takut kena sambar kilat. eh. Dulu kan masa kecik-kecik, selalu dengar orang kata, time kilat jangan sentuh benda besi. Nanti kena sambar. Sampai sekaranglah saya teringat-ingat. Sudahnya, time kilat je, saya dok diam-diam atas katil, baca buku. jauh dari besi. heehe..
Semalam saya ralit membaca buku Travelog Tarbiah, karya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil yang berjudul Secangkir teh pengubat letih. Cerita kembaranya di bumi Turki. Salah satu ceritanya di dalam buku tersebut, kanak-kanak dan orang muda di Turki berlumba-lumba menghafal Al-Qur'an, bukan mengkhatam Al-Qur'an. Wah! Hebat sungguh Turki. Mereka menggalakkan rakyat untuk menghafal, bukan sekadar mengkhatamkan Al-Qur'an. Berbanding dengan Malaysia. Selalunya mesti kita dengar orang tanya, "Berapa kali dah khatam Al-Qur'an?" Di Turki, hafalan Al-Qur'an yang sering kali di tanya dan diutamakan. Kebanyakan penduduk di sana, di kebanyakan kampung, semuanya menghafal Al-Qur'an. Saya dan anda bagaimana pulak? Mengkhatamkan Al-Qur'an pun boleh di kira berapa kali dari kecik-kecik dulu, apatah lagi menghafal. Errr... Muhasabah diri..T_T
Ok. Saya nak kongsikan satu resepi di sini. Bukan resepi untuk masak-memasak. Tapi resepi Kek Perkahwinan yang diambil dari buku 'Ya Allah, aku tak ingin sendiri', karya Burhan-Soddiq.
Bahan:
1 lelaki sihat
1 wanita sihat
100% komitmen
2 pasang restu orang tua
1 botol kasih sayang murni.
Perisa:
1 buku besar humor
25 gram rekreasi
1 bungkus doa
2 sudu teh telefon
5 kali ibadah/hari
Semuanya diadun hingga rata dan mengembang.
Tip:
1. Pilih lelaki dan wanita yang benar-benar matang dan seimbang.
2. Jangan yang satu terlalu tua dan yang lainnya terlalu muda kerana dapat mempengaruhi lelazatan (sebaiknya dibeli di pusat beli belah bernama TEMPAT IBADAH, walaupun agak jual mahal tapi mutunya terjamin.)
3. Jangan beli di pasar yang bernama DISKO atau PARTI kerana walaupun modelnya bagus dan harum baunya tapi kadangkala menipu pelanggan atau kadang menggunakan zat pewarna yang dapat merosakkan kesihatan.
4. Gunakan kasih sayang cap 'DAKWAH' yang telah mendapatkan penghargaan ISO dari Kementerian Kesihatan dan Kerohanian.
Cara memasak:
1. Lelaki dan wanita dicuci bersih, buang semua masa lalunya sehingga tersisa niat yang murni.
2. Siapkan loyang yang telah disapu dengan komitmen dan restu orang tua dengan rata.
3. Masukkan niat yang murni ke dalam loyang dan panggang dengan api yang rata sekitar 30 minit di depan penghulu.
4. Biarkan di dalam loyang tadi dan sirami dengan perisanya.
5. kek perkahwinan sedia dinikmati.
Catatan:
Kek ini dapat dinikmati oleh pembuatnya seumur hidup dan paling enak dinikmati dalam keadaan hangat. tapi kalau sudah agak dingin, tambahkan lagi humor segar secukupnya, rekreasi sesuai selera, serta beberapa potong doa kemudian dihangatkan lagi di ketuhar berjenama 'Tempat Ibadah'. Setelah mulai hangat, jangan lupa bertelefon bila berjauhan.
Selamat mencuba, dijamin semuanya halal.
Hehe.. Nice kan resepi ni. Kenapa tetiba cakap pasal kahwin ni? Saya nak kahwin?? ehh..tak la.. Belum lagi. Sebabnya sekarang ni sahabat-sahabat seusia dengan saya, sudah ramai yang mendirikan rumah tangga. Setiap hari ada je jemputan kenduri perkahwinan mahupun pertunangan daripada sahabat yang sebaya dengan saya, termasuklah junior-junior saya. Hmm... jodoh diorang sampai awal..
Cemburu..hehe
Semoga Allah memberkati perkahwinan kalian semua, Selamat Pengantin baru daripada saya. Selamat berbahagia dan bercinta sampai syurga. Amin.
Cemburu..hehe
Semoga Allah memberkati perkahwinan kalian semua, Selamat Pengantin baru daripada saya. Selamat berbahagia dan bercinta sampai syurga. Amin.



11:22 AM
fatinamirah
, Posted in
sukerrrrrrrrrr resepi tu =)
Hudd... kannn.. suke jgak.. hehe..
Selamat beramal ye...:)