Chipsmore VS Oreo
Mana best, Chipsmore ke Oreo?
Kalau tengok iklan di tv, kedua-dua sasarannya adalah kepada kanak-kanak. Kedua-duanya berunsurkan koko. Sedap sangat ke?
Alkisahnya, anak-anak buah saya sangat suka makan Chipsmore dan Oreo. hehe. Dah macam ikut musim buah-buahan la..ada masa diorang tu akan makan Chipsmore je. Setiap hari, bangun dari tidur, lepas makan tengah hari, masa minum petang, sampailah masa nak tidur pun asyik minta Chipsmore, Chipsmore dan Chipsmore. Kalau musim diorang nak makan Oreo, hari-hari pun Oreo. hehe. Kelakar pun ada. Sampai muncung-muncung mulut si kecil tu kunyah biskut. Cumel!
Tetiba..
Boboiboy...Boboiboy...
Adeiii... terkezut saya. Adam Rafiq berlari-lari pergi depan tv selepas terdengar lagu Boboiboy dari dalam bilik. alahai Adam....lawak la...Comel! Pandainye budak kecik ni.. Memang peminat Boboiboy nombor satu la. haha. Yang kelakarnya, tangan dia tak lepas ada Chipsmore! hee..
Hari ni, Adam dengan Aisyah tidak dihantar ke nursery. Jadinya, Acik dan Toknya lah yang jaga. Tok mandikan Adam, kakaknya dah pandai mandi sendiri. Bila nak makan, Acik amikkan sepinggan untuk Aisyah, dan semangkuk kecil untuk Adam.. Adam kena suap, kalau tak habis bersepah. Seronok dapat jadi babysitter. Praktis untuk masa akan datang. Eh!
Kesimpulannya, Chipsmore dengan Oreo mana lagi best sebenarnya? Hmm...
Ntah!
Korang suka apa, yang tu la lagi best. heee..
Coret-coret di petang hari selepas ibu kanak-kanak comel itu dah pulang dan Aciknya baru dapat online.
('_______________')



6:19 PM
fatinamirah
, Posted in
0 Response to "Chipsmore VS Oreo"
Post a Comment