Pasrah

Assalamualaikum. Bertuah rasa apabila Dia selalu mengurniakan saya sahibah-sahibah terbaik, yang sering mengingatkan saya baik buruk sesuatu benda, yang kerapkali berpesan pada saya ke arah kebaikan, juga telah menjadi inspirasi untuk saya menjadi insan dan hamba Allah yang lebih baik dari hari ke hari. Alhamdulillah. Syukur!

Pagi ini, buka sahaja muka buku, ternampak  kata-kata daripada Daie terkenal, juga penulis buku kegemaran saya, Ustaz Pahrol Mohd Juoi.

"Belajarlah melepaskan... serah dan pasrahlah kepada kekuatan Allah bukan pada kekuatan kita. Ketika bertembung dengan halangan yang sukar, atau setelah segala usaha telah menemui jalan buntu, binalah harapan dengan menyerahkan segalanya kepada Allah. Pada detik itulah selalunya terbuka jalan, terserlah penyelesaian. 
Let go, let GOD! "


Redha itu ikhlas, Pasrah itu menyerah!
-Ombak Rindu-


Dalam konteks ini, apabila sudah dirasakan diri sudah tidak punya kekuatan dan tidak lagi mampu tegak berdiri, pasrahlah..menyerahlah kepada Allah. Kembali kepada Dia, kerna Dia adalah sebaik-baik tempat manusia bergantung. Kemurungan diri, rasa susah hati, bimbang, risau dan lain-lain berkemungkinan adalah kerana diri ini terlalu jauh dari Dia. Dekatilah Dia, hatimu pasti kan tenang. Saya mahu kongsikan di sini seperenggan isi kandungan yang dipetik daripada buku 'Inspirasi Cinta terhebat' karangan Burhan Soddiq.

"ketika kita menghadapi masalah, sama ada masalah kewangan, keluarga, atau masalah lain, kembalilah kepada Allah SWT. Ingatlah bahawa Allah melihat kita dan tahu apa yang kita perlukan. Yang kita perlukan adalah ikhtiar dan tawakkal kepada Allah SWT atas apa yang sudah kita usahakan"
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ya Allah,
aku redha dengan ketentuanMu
aku berserah segalanya kepadaMu
ampunkan segala dosaku Ya Allah

Aku tahu dosaku menggunung tinggi Ya Allah
Aku tahu masih jauh perjalanan hidup yang perlu aku tempuhi
selagi Engkau kurniakan nyawa kepadaku

Maka Ya Allah,
aku bermohon padaMu
agar dikurniakan seribu kekuatan
buat aku melangkah beribu-ribu tapak ke hadapan
kurniakanlah aku kesabaran
buat aku melangkah dengan penuh keberanian
kurniakanlah aku keimanan yang jitu
buat menjadi benteng fizikal dan rohaniku
Amin.

Selalu mengingati Tuhan, hati kita kan menjadi tenang.InshaAllah.

*p/s: Betulkan, Tunjukkan dan Nasihatilah aku andai apa yang ditulis salah. Semoga diredhaiNya.


0 Response to "Pasrah"

Post a Comment

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme